SIMPOSIUM PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) 2023
09.10.2023
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Malaysian Institute of Plannes (MIP) dan Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA) telah menganjurkan Simposium SIA 2023 yang bertempat di The Everly Putrajaya.
Tujuan Simposium ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua perunding perancang bandar dan sosial, pemaju, agensi kerajaan serta pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk memahami penilaian impak sosial bagi projek pembangunan dengan lebih mendalam. Simposium SIA ini juga adalah sebagai sesi perkongsian pengalaman daripada pakar yang terdiri daripada penilai, perunding SIA dan penggerak projek.
Simposium yang dihadiri seramai 192 peserta ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, YBrs. TPr. Dr. Alias bin Rameli. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan dan dua sesi perbincangan panel telah dilangsungkan.