Previous Next

PERSADA MENGANJURKAN KURSUS PERSEMBAHAN GRAFIK GAYA KORPORAT

Putrajaya 30hb. Mac 2021
oleh AJK PERSADA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ...
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera …

Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa (PPPM) akan menganjurkan satu Kursus Persembahan Infografik Gaya Korporat secara dalam talian pada 21 April 2021 (Rabu). Dalam industri pekerjaan era digital masa kini, kemahiran menggunakan perisian PowerPoint dalam menghasilkan satu slaid persembahan yang dinamik dan mampu menarik perhatian amatlah diperlukan. Persembahan slaid juga tidak hanya tertakluk dengan gaya lama tetapi perlu memperlihatkan maklumat diterjemahkan secara infografik yang lebih menarik dan mudah difahami sejajar dengan perkembangan global.

Sehubungan itu PPPM telah menjemput seorang jurulatih profesional bertauliah daripada Akademi Tarbiyahh Kreatif Sdn. Bhd., untuk bersama-sama berkongsi kemahiran. Justeru ianya dapat memantapkan skill persembahan infografik gaya korporat yang lebih profesional dan menyerlah bagi meningkatkan sesuatu organisasi.

PPPM ingin mengajak semua Ahli dan juga Bukan Ahli untuk bersama-sama menyertai kursus ini. Makluman lengkap boleh dilihat kepada Poster dan juga Risalah kursus yang disertakan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak urusetia seperti berikut :
i. Encik Mohammad Syahmi bin Azman - 019-360 8746
ii. Puan Nurul Ismah binti Ibrahim - 013-243 6128

Bersama kita menyokong aktiviti Persatuan. Terima kasih.

#PPPM
#kursusinfografik