Previous Next

APA DIA PERSADA INCUBATOR FOR URBAN BRAINS AND EXPERTS (CUBEs) ITU ?

Putrajaya 6hb. Okt 2020
oleh AJK PERSADA

Bagi memastikan kesinambangunan AJK PERSADA yang baharu yang akan dilantik pada tahun depan, usaha memeriahkan lagi Inisiatif PERSADA perlu diteruskan.
Pihak PERSADA akan menyediakan maklumat inisiatif ini secara berkala sebagai salah satu kaedah 'serah tugas' bagi memastikan peralihan berjalan lancar
tanpa perlu ada 'jurang' tempoh masa lama utk AJK baharu memikirkan program dan inisiatif lain.

Salah satu inisiatif itu adalah PERSADA CUBEs. Apa dia PERSADA CUBEs itu?.

PERSADA CUBEs adalah PERSADA 'inCubator for Urban Brains and Expert' di mana ianya merupakan inisiatif di bawah Biro Latihan dan Kerjaya.
Tujuannya adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan perancang bandar serta mendedahkan pegawai-pegawai perancang bandar
(yang lama atau lantikan baharu) sama ada di PLANMalaysia, PBT atau agensi-agensi lain berkenaan produk, aktiviti atau program perancangan bandar
di Malaysia. Selain cuba membawa kaedah atau teknologi baharu perancangan bandar di Malaysia. CUBEs akan menyajikan platform pakar atau orang berkemahiran
dalam bidang tertentu sama ada pakar luar ataupun pakar di dalam PLANMalaysia itu sendiri.

CUBEs ini dibahagikan kepada 4 inisiatif. Tech CUBES sesi pengajaran berkaitan teknologi terutamanya teknologi yang banyak membantu bidang perancangan bandar.
Core CUBEs pula merupakan basis pengajaran dan sudah tentunya ia berkaitan produk-produk PLANMalaysia. Bahkan PERSADA pada tahun 2018 membayangkan Core CUBEs
juga boleh dilantik sebagai perunding Program 'Road Show' Rancangan Pemajuan seluruh negara. Jangan salah faham, hanya membayangkan. Sudah tentulah cabarannya
sangat besar. Lite CUBEs adalah program santai yang boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, bahkan boleh dilaksanakan melibatkan kumpulan kecil di setiap zon.
Walau pun perbincangan santai, tetapi boleh dimanfaatkan dalam membentuk penampilan pegawai-pegawai perancang bandar di Malaysia supaya bersedia dilapangan
terutama apabila ditugaskan atau membentang kertas kerja. Akhirnya adalah Fly CUBEs yang memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk menghadiri persidangan
di luar negara yang akan diuruskan oleh pihak PERSADA dari segi logistik, penginapan serta penyertaan program atau persidangan berkenaan.</p>
<p>Sekian perkongsian.