Webinar : Keperluan Penyediaan Penginapan Pekerja Mematuhi Perundangan & Peraturan Semasa
Anjuran: Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA)
Untuk makluman semua, penyediaan penginapan pekerja yang terancang, kondusif dan selesa merupakan salah satu ketetapan yang telah dikenal pasti oleh International Labour Organization (ILO) di bawah Discrimination (Employment and Occupation) Convention, 1958 (No. 111) di mana Malaysia merupakan negara anggota ILO sejak tahun 1957 dan selaras dengan keperluan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Akta 446) di bawah kawal selia Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Bagi memastikan keseragaman dan keselarasan keperluan teknikal, prosedur permohonan dan syarat-syarat lain dalam melaksanakan dan mengawal pembangunan penginapan pekerja di peringkat negeri dan tempatan, terutama kesegeraan pemakaiannya dalam waktu pandemik ini, pihak KPKT melalui PLANMalaysia bersama Jabatan Kerajaan Tempatan telah menyediakan *Prosedur Permohonan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quarters – TLQ), Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) dan Prosedur Permohonan Permit Sementara Bangunan Bagi Rumah Pekerja Di Dalam Tapak Bina.
Oleh itu, tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak majikan, pengilang dan pengusaha penginapan tentang keperluan perundangan di bawah Akta 446 dan perincian panduan penyediaan TLQ dan CLQ.
Perincian webinar adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tghari
Platform : Secara Dalam Talian Melalui Aplikasi ZOOM
Kos Yuran : RM50.00 (ahli PERSADA) /RM100.00 (bukan ahli PERSADA)
**Cara Bayaran : Online Banking/ Pembayaran Menggunakan LO
Pendaftaran Peserta (Klik di sini untuk pendaftaran peserta)
Sekian, terima kasih
