Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Perancang Bandar & Desa Malaysia Kali Ke 27
28.02.2022
Mesyuarat Agung PERSADA Kali Ke-27
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (AGM PERSADA 2022) telah berjalan dengan jayanya pada hari ini jam 9.30 pagi, 27 Mac 2022 secara hybrid dan telah dihadiri oleh 142 orang ahli PERSADA.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBrs. TPr Dr Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia, selaku Penaung PERSADA. Di antara amanat utama Penaung, beliau menekankan kepentingan ilmu pengetahuan perancangan bandar di peringkat global ataupun kandungan dasar-dasar utama negara yang berkaitan dengan perancangan fizikal negara, building climate-resilient cities, sains & analisis geo-bencana, agenda mampan dan daya huni negara.
Beliau turut menyatakan keperluan kerjasama yang berterusan bersama PLANMalaysia, PERSADA, MIP, LPBM dan PETA. Pada AGM 27 ini juga, YBrs. Dr Penaung juga turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM2,000 untuk perjalanan operasi AJK 2021/2023 serta satu hadiah cabutan bertuah.
Mesyuarat pada hari ini dimulakan oleh Setiausaha sepertimana Fasal 9(1), Perlembagaan PERSADA dan pengesahan minit AGM ke-26 yang lalu. Seterusnya ucapan pembukaan dan ‘report card 2021’ iaitu pelaporan aktiviti sepanjang tahun 2021 oleh YBrs. Dr Muhammad Hakimi bin Hussain, Presiden PERSADA. Walaupun dalam keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19, PERSADA telah berjaya menganjurkan 8 program besar dan utama yang terdiri daripada acara Urban Rural Virtual Ride (URVR), 100 Years Town Planning Ride, serta program memperkayakan pengetahuan di platform Agenda PERSADA dan Kampus PERSADA.
Bendahari turut membentangkan laporan kewangan PERSADA berakhir 31 Disember 2021 dan telah diterima oleh ahli tanpa bantahan pada mesyuarat kali ini.
Sehingga kini, PERSADA mempunyai keahlian seramai 622 di seluruh Malaysia.
Mesyuarat telah ditangguhkan tepat pada pukul 12.01 tengahari dengan menerima lebih 10 usul dan diteruskan dengan acara 15 cabutan bertuah, satu cabutan utama serta satu cabutan istimewa untuk semua ahli PERSADA yang hadir pada AGM 27 ini.
Sehingga berjumpa lagi pada AGM 28 tahun hadapan!
#PERSADAforAll
#BeOkWithUs
#AGMPERSADA2022