Program CSR PERSADA X Zoo Negara
27.08.2022
Buat julung kalinya, PERSADA telah berjaya menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama pihak Zoo Negara yang telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan ahli PERSADA serta ahli keluarga. Program CSR ini telah disempurnakan oleh YBrs TPr Dr Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia yang juga merangkap penaung PERSADA serta Naib President Zoo Negara, En Rosly @ Rahmat bin Ahmat Lana.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta sifat menyayangi haiwan. Program seumpama ini juga selaras dengan doktrin perancangan sejagat iaitu hubungan manusia dengan alam sekitar.
Peserta program telah diberi tugasan di Savannah Walk dengan tugasan pembersihan longkang, penyediaan makanan haiwan, meratakan tanah di samping memberi peluang melihat pelepasan haiwan seperti badak sumbu, zirafah serta ostrich.
Kerjasama daripada semua peserta dalam melakukan kerja-kerja kebajikan ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Keseluruhannya, objektif serta tujuan program telah tercapai sepenuhnya. Presiden serta barisan AJK PERSADA mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Dr Ketua Pengarah PLANMalaysia serta semua yang telah sama-sama menjayakannya.