Kepada semua ahli berdaftar... PERSADA telah disenaraikan di dalam Portal HRMIS. Kini anda boleh mengemaskini rekod peribadi dengan menambah maklumat persatuan di ruangan menu skroll yang disediakan, sebagaimana contoh pada banner promo di atas. Semua ahli berdaftar perlu mengemaskini rekod peribadi masing-masing bagi tujuan perkhidmatan.

Sekian, harap maklum !...

Dimaklumkan bahawa PERSADA telah membuka akaun di Maybank (No.Akaun 5-64100-008153), untuk kemudahan ahli membuat bayaran yuran secara online.

Bayaran boleh dibuat melalui 3rd party transfer di maybank2u atau melalui transfer di mesin ATM kepada akaun tersebut. Alamat email yang boleh digunakan semasa 3rd party transfer adalah bendahari@persada.org.my

Sila pastikan anda mencetak resit dan difakskan kepada Penolong Bendahari, Cik Faridahwati bt. Mohd Salleh, Bahagian Korporat, JPBD SM,(nombor faks 03- 26947824), dengan nama dan alamat yang jelas. Resit akan dikirimkan kepada anda selepas pengesahan.

Anda digalakkan untuk membuat bayaran Yuran Hingga Pencen secara online seperti di atas. Untuk Semakan status pembayaran yuran anda, sila hubungi Cik Faridahwati, No.Tel 03-26992196

Selaras dengan usul berkaitan diskaun bagi bayaran yuran ahli secara pukal yang dipersetujui pada Mesyuarat Agung PERSADA ke XV pada 31 Mac 2010 yang lalu, Jawatankuasa PERSADA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil 2/2010 pada 8 Mac telah memutuskan berikut:

  • Diskaun sejumlah 10% diberikan kepada ahli-ahli yang membuat pembayaran yuran tahunan ahli dari tahun semasa sehingga pencen.
  • Tiada diskaun diberikan bagi yuran tertunggak.
  • Permohonan dan bayaran boleh dibuat dengan memuat turun borang yang disediakan di dalam laman web PERSADA.

Muat turun >>>Borang Bayaran Sehingga Pencen<<<

Selaras dengan pertanyaan dari ahli sewaktu Mesyuarat Agung pada 31 Mac lalu, mengenai status bayaran zakat bagi kedua-dua akuan PERSADA di BIMB, Bendahari telah mendapatkan penjelasan dari pihak BIMB. BIMB telah menjelaskan bahawa ...."Bank Islam telah mengeluarkan zakat perniagaannya dengan mengambilkira deposit pelanggan sebagai modal perniagaan. Justeru, pendeposit Bank Islam tidak lagi perlu membayar zakat atas deposit mereka.."

Muat turun >>> Surat Penjelasan BIMB<<<

Pengguna Online

We have 19 guests online

http://www.persada.org.my/images/dinner/table6.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table1.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/2_KP_singing.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table10.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table9.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table2.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table7.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Ramli.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table3.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Lanun.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table11.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/zack.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table5.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/wira.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/show1.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/1_KP.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/hall.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Lanun_nyanyi.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/mak_orang.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/3_TKP.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table8.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/mc.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/01_Backdrop.jpg

Hubungi Kami :

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA)
d/a Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Sem. M'sia
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur  |  Tel : 03-26989211  Faks : 03-26941639