Kepada semua ahli berdaftar... PERSADA telah disenaraikan di dalam Portal HRMIS. Kini anda boleh mengemaskini rekod peribadi dengan menambah maklumat persatuan di ruangan menu skroll yang disediakan, sebagaimana contoh pada banner promo di atas. Semua ahli berdaftar perlu mengemaskini rekod peribadi masing-masing bagi tujuan perkhidmatan.

Sekian, harap maklum !...

Dimaklumkan bahawa PERSADA telah membuka akaun di Maybank (No.Akaun 5-64100-008153), untuk kemudahan ahli membuat bayaran yuran secara online.

Bayaran boleh dibuat melalui 3rd party transfer di maybank2u atau melalui transfer di mesin ATM kepada akaun tersebut. Alamat email yang boleh digunakan semasa 3rd party transfer adalah bendahari@persada.org.my

Sila pastikan anda mencetak resit dan difakskan kepada Penolong Bendahari, Cik Faridahwati bt. Mohd Salleh, Bahagian Korporat, JPBD SM,(nombor faks 03- 26947824), dengan nama dan alamat yang jelas. Resit akan dikirimkan kepada anda selepas pengesahan.

Anda digalakkan untuk membuat bayaran Yuran Hingga Pencen secara online seperti di atas. Untuk Semakan status pembayaran yuran anda, sila hubungi Cik Faridahwati, No.Tel 03-26992196

Selaras dengan usul berkaitan diskaun bagi bayaran yuran ahli secara pukal yang dipersetujui pada Mesyuarat Agung PERSADA ke XV pada 31 Mac 2010 yang lalu, Jawatankuasa PERSADA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil 2/2010 pada 8 Mac telah memutuskan berikut:

  • Diskaun sejumlah 10% diberikan kepada ahli-ahli yang membuat pembayaran yuran tahunan ahli dari tahun semasa sehingga pencen.
  • Tiada diskaun diberikan bagi yuran tertunggak.
  • Permohonan dan bayaran boleh dibuat dengan memuat turun borang yang disediakan di dalam laman web PERSADA.

Muat turun >>>Borang Bayaran Sehingga Pencen<<<

Selaras dengan pertanyaan dari ahli sewaktu Mesyuarat Agung pada 31 Mac lalu, mengenai status bayaran zakat bagi kedua-dua akuan PERSADA di BIMB, Bendahari telah mendapatkan penjelasan dari pihak BIMB. BIMB telah menjelaskan bahawa ...."Bank Islam telah mengeluarkan zakat perniagaannya dengan mengambilkira deposit pelanggan sebagai modal perniagaan. Justeru, pendeposit Bank Islam tidak lagi perlu membayar zakat atas deposit mereka.."

Muat turun >>> Surat Penjelasan BIMB<<<

Pengguna Online

We have 19 guests online

http://www.persada.org.my/images/dinner/table6.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table1.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/2_KP_singing.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table10.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table9.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table2.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table7.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Ramli.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table3.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Lanun.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table11.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/zack.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table5.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/wira.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/show1.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/1_KP.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/hall.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/Lanun_nyanyi.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/mak_orang.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/3_TKP.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/table8.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/mc.jpghttp://www.persada.org.my/images/dinner/01_Backdrop.jpg
PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia
Majlis Makan Malam Anjuran PERSADA

Tanjung Bungah, PULAU PINANG 13 Julai 2010 - Majlis Makan Malam Persada bertemakan Planning a 'Head' telah berlangsung dengan penuh warna warni serta kemeriahan. Majlis Makan Malam PERSADA yang diadakan bersempena Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar J41-J44 lebih bermakna dengan kehadiran Ketua Pengarah JPBD SM, Y.Bhg. Dato' Mohd. Fadzil Hj. Mohd. Khir dan Timb.Ketua Pengarah (Pembangunan), Y.Bhg. Datin Wira Hjh. Hamisah Ariffin, serta ditemani oleh pasangan bahagia masing-masing. Apa yang lebih menarik ialah kedua-dua  tetamu VIP ini juga dilihat 'sporting' hadir dengan kostum bertema majlis.

Berita Penuh...
 
Sekitar Mesyuarat Agung Kali Ke XV PERSADA | Print |

SHAH ALAM 31 Mac 2010 - Mesyuarat Agung Kali Ke XV Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat Agung tersebut juga telah dihadiri dan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Fadzil bin Hj. Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD Sem. Malaysia yang juga selaku Penaung PERSADA.

 

Berita Penuh...
 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, JPBD

PUTRAJAYA 3 Jun 2010 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 JPBD Sem.M'sia, telah berlangsung di Dewan De' Seri Endon, Putrajaya. Seramai 54 orang penjawat awam daripada pelbagai peringkat di Jabatan ini yang bertugas sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat Projek dan JPBD Negeri telah terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2009.

Berita Penuh...
 
Ceramah 'Perancangan Mekah 2020' : Sambutan Hangat dan Di Luar Jangkaan

SHAH ALAM 31 Mac 2010 - Ceramah 'Perancangan Mekah 2020' yang telah dianjurkan oleh PERSADA telah mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan dan penyertaan di luar jangkaan. Pihak urusetia sebelum ini mensasarkan bilangan penyertaan sekitar 100 orang akan tetapi bilangan penyertaan semakin bertambah khususnya di hari-hari terakhir sebelum ceramah dianjurkan.

Berita Penuh...
 

Hubungi Kami :

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA)
d/a Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Sem. M'sia
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur  |  Tel : 03-26989211  Faks : 03-26941639