Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, JPBD

PUTRAJAYA 3 Jun 2010 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 JPBD Sem.M'sia, telah berlangsung di Dewan De' Seri Endon, Putrajaya. Seramai 54 orang penjawat awam daripada pelbagai peringkat di Jabatan ini yang bertugas sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat Projek dan JPBD Negeri telah terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2009.

Tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato' Ahmad bin Hj. Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diiringi Y.Bhg. Dato' Mohd Fadzil bin Hj. Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD Sem.M'sia telah sudi hadir dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada penerima. Pada APC 2009 kali ini juga, Y.Bhg. Tuan Presiden PERSADA, En. Abdul Jamil bin Arshad telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Mithali Ketua Pengarah berdasarkan kredebiliti, sumbangan dan komitmen beliau dalam kerjaya selama ini. Sehubungan dengan itu, kami ahli-ahli dan AJK PERSADA ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Tuan Presiden di atas anugerah yang diperolehi...Sekali lagi tahniah Tuan Presiden !