Ceramah 'Perancangan Mekah 2020' : Sambutan Hangat dan Di Luar Jangkaan

SHAH ALAM 31 Mac 2010 - Ceramah 'Perancangan Mekah 2020' yang telah dianjurkan oleh PERSADA telah mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan dan penyertaan di luar jangkaan. Pihak urusetia sebelum ini mensasarkan bilangan penyertaan sekitar 100 orang akan tetapi bilangan penyertaan semakin bertambah khususnya di hari-hari terakhir sebelum ceramah dianjurkan.

Menurut salah seorang peserta yang juga merupakan ahli PERSADA, Jamil Ahmad, berkata beliau sendiri tidak menyangka akan kehadiran jumlah peserta yang begitu ramai pada hari ini dan mengucapkan syabas kepada pihak PERSADA kerana telah berjaya membawa satu topik yang amat menarik untuk dikongsi bersama.

Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Ismawi bin Hj. Zen, pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang juga merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam merancang pembangunan Mekah.