| Sekitar Mesyuarat Agung Kali Ke XV PERSADA | | Print | |
|
Kira-kira seramai 334 orang ahli yang berdaftar dengan PERSADA sehingga kini dan terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar yang bertugas sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Y.Bhg. Dato' Fadzil dalam ucapannya telah menyeru agar penyertaan ahli PERSADA ini dapat diperhebatkan dengan penambahan jumlah Pegawai-Pegawai Perancang Bandar baru yang telah dilantik untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Mesyuarat Agung Kali Ke XV itu juga membincangkan mengenai beberapa usul dan cadangan terhadap pindaan perlembagaan baru PERSADA. Y.Bhg. Presiden ketika uacapan penangguhan telah memaklumkan bahawa segala usul dan cadangan yang telah dibincang dan dipersetujui bersama akan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak Ahli Jawatankuasa PERSADA selepas ini. Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 1.00 petang. |

SHAH ALAM 31 Mac 2010 - Mesyuarat Agung Kali Ke XV Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat Agung tersebut juga telah dihadiri dan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Fadzil bin Hj. Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD Sem. Malaysia yang juga selaku Penaung PERSADA.