Majlis Makan Malam Anjuran PERSADA

Majlis makan malam pada hari itu, selain dihidangkan dengan juadah yang enak, hadirin turut disajikan dengan pelbagai aturcara menarik seperti persembahan karaoke, persembahan kumpulan dan di antara acara yang paling mendapat tarikan serta perhatian hadirin adalah persembahan 'Suara Emas' oleh Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah yang mana telah menyumbangkan dua buah lagu iaitu Lamunan Terhenti dan My Way. Selain daripada itu, Y.Berusaha Tuan Presiden PERSADA juga tidak ketinggalan dalam menyumbang sebuah lagu dan turut mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin pada malam itu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta dalam pertandingan sukaneka dan persembahan kumpulan yang telah dijalankan. Manakala hadirinĀ  bertuah pada malam itu yang telah menjadi pilihan juri bagi kostum 'head' terbaik dimenangi oleh En. Wira Syariza dengan kostum ala-transformers (Kategori Lelaki) dan Cik Siti Zalina dengan kostum ala-ahli sihir (Kategori Wanita). PERSADA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program majlis makan malam ini.