Dimaklumkan bahawa PERSADA telah membuka akaun di Maybank (No.Akaun 5-64100-008153), untuk kemudahan ahli membuat bayaran yuran secara online.

Bayaran boleh dibuat melalui 3rd party transfer di maybank2u atau melalui transfer di mesin ATM kepada akaun tersebut. Alamat email yang boleh digunakan semasa 3rd party transfer adalah bendahari@persada.org.my

Sila pastikan anda mencetak resit dan difakskan kepada Penolong Bendahari, Cik Faridahwati bt. Mohd Salleh, Bahagian Korporat, JPBD SM,(nombor faks 03- 26947824), dengan nama dan alamat yang jelas. Resit akan dikirimkan kepada anda selepas pengesahan.

Anda digalakkan untuk membuat bayaran Yuran Hingga Pencen secara online seperti di atas. Untuk Semakan status pembayaran yuran anda, sila hubungi Cik Faridahwati, No.Tel 03-26992196

Selaras dengan usul berkaitan diskaun bagi bayaran yuran ahli secara pukal yang dipersetujui pada Mesyuarat Agung PERSADA ke XV pada 31 Mac 2010 yang lalu, Jawatankuasa PERSADA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil 2/2010 pada 8 Mac telah memutuskan berikut:

  • Diskaun sejumlah 10% diberikan kepada ahli-ahli yang membuat pembayaran yuran tahunan ahli dari tahun semasa sehingga pencen.
  • Tiada diskaun diberikan bagi yuran tertunggak.
  • Permohonan dan bayaran boleh dibuat dengan memuat turun borang yang disediakan di dalam laman web PERSADA.

Muat turun >>>Borang Bayaran Sehingga Pencen<<<

Selaras dengan pertanyaan dari ahli sewaktu Mesyuarat Agung pada 31 Mac lalu, mengenai status bayaran zakat bagi kedua-dua akuan PERSADA di BIMB, Bendahari telah mendapatkan penjelasan dari pihak BIMB. BIMB telah menjelaskan bahawa ...."Bank Islam telah mengeluarkan zakat perniagaannya dengan mengambilkira deposit pelanggan sebagai modal perniagaan. Justeru, pendeposit Bank Islam tidak lagi perlu membayar zakat atas deposit mereka.."

Muat turun >>> Surat Penjelasan BIMB<<<

Pengguna Online

We have 23 guests online

Kalendar Tahun 2011

«  May 2012  »
MTWTFSS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 













































Muat Turun Borang BICARA PERSADA : "MERANCANG BAHAGIA"



 

 

Hubungi Kami :

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA)
d/a Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Sem. M'sia
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur  |  Tel : 03-26989211  Faks : 03-26941639